Friday, 19 May 2017

ATASI MASALAH RAMBUT

Atasi Masalah Rambut Dan Kulit Kering

Assalamulaikum.. Salam sejahtera


Dua tiga hari ni Mami Combi terperasan banyak pula rambut kat lantai ini, Jika bukan rambut sendiri,rambut siapa lagi kan? 



"Sayangi rambut anda, rambut adalah mahkota kepada kita semua"








Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Berikut adalah antara punca yg menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.


2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.


3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.


4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.


5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.


6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.


7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.




Cara / Petua Merawat keguguran rambut

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut . Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.


Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.



Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.



Petua 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


Petua 5: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.


Petua 6: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.


Petua 7: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.


Petua 8: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.



Petua 9: Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.






Jojoba Oil






Jojoba oil 100% natural.Tiada bahan campuran di formulasikan dari USA. Banyak kegunaan. Boleh digunakan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Sesuai dari bayi hingga dewasa.




Khasiat / Kegunaan.

- Untuk masalah rambut seperti rambut gugur, kusut dan berkelemumur.

- Tumit merekah

- Masalah kulit kering

- Sebagai makeup removal

- Baik untuk luksa dan kesan parut

- Bibir kering

- Pertumbuhan rambut

- Masalah kulit enzyme

- Melebatkan bulu mata








Mami Combi  nak kongsikan disini untuk tatapan bersama. Ada yang rasa sessuai untuk dicuba boleh cuba ye..

Berminat? 

Whatsap Mami Combi 019 5578703

KEPUTIHAN DAN WANITA

Keputihan Wanita




Berikut ini beberapa keadaan dimana wanita akan mengalami jenis keputihan normal:


👉🏻 Melahirkan bayi

👉🏻 Haid kali pertama

👉🏻 Menjelang haid

👉🏻 Kesuburan

👉🏻 Alergi kondom

👉🏻 Gangguan jiwa

👉🏻 Radang dinding rahim

👉🏻Terangsang oleh aktiviti seksual



                                      



Berikut ini beberapa keadaan dimana wanita akan mengalami jenis keputihan abnormal:


👉🏻Keputihan dengan lendir berwarna coklat atau mengandungi darah

👉🏻Keputihan disertai rasa pendarahan

👉🏻Keputihan dengan lendir berwarna hijau, kuning, atau berbuih

👉🏻Keputihan disertai luka kemerahan di sekitar vagina

👉🏻Keputihan dengan lendir ,berwarna putih,


                                           


Ok Mami Combi nak share cara hilangkan keputihan dgn minuman kesihatan dari Ryoung Beauty. 

Selain masalah keputihan, gluconey drink ini juga mampu menyelesaikan masalah period yang tidak teratur dan wajah yang berjerawat akibat period.


Disamping itu produk-produk ini juga boleh membantu menyelesaikan masalah period tidak teratur dan parut jerawat.



Untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp Mami Combi di no 0195575803. 

Wednesday, 17 May 2017

TANDA-TANDA AWAL KANSER



Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim. Semua Wanita Perlu Ambil Tahu Hal Ini.






Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim –

Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini.

Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj [vagina]  yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.

Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal.

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu

Squamous cell carcinoma

Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

Adenocarcinoma.

Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
Perdarahan selepas hubungan intim  (“postcoital bleeding“)
Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
Hilang selera makan
Turun berat badan yang mendadak
Faktor-Faktor Terjadinya Kanser Pangkal Rahim

Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
Hubungan intim pada usia muda
Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
Merokok
Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
Wanita yang mempunyai pasangan yang ramai.
Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.

Kaedah Rawatan Kanser Pangkal Rahim

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :

a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi

Sekian sahaja entri Mami Combi kali ini ..semoga kita berjumpa di entri yang akan datang..Salam sayang dari Mami Combi...Hargai dirimu,kerana dirimu begitu berharga :)

DETOX TRADISIONAL


Detox Orang Dulu-Dulu


Lumrah seorang wanita, pasti terpengaruh dengan kecantikkan.
Sekali sekala jom ikut Mak Rose amalkan petua orang dulu-dulu yg sering minuman jus herba buatan sendiri untuk mengekalkan kecantikkan dalaman serta luaran.


5 jenis jus minuman yg mampu memantapkan dalaman wanita.


Jus Kunyit - Kecutkan rahim 



Bahan: 
  • 2 ketul kunyit
  • 1/2 ketul halia
  • 2 batang serai
  • Garam
  • 1 liter air putih
Cara:
  1. Kisar semua bahan sehingga hancur.
  2. Masak bahan yang dikisar bersama air putih selama 40 minit hingga 1 jam.
  3. Amalkan segelas (gelas kecil) setiap hari.
Khasiat : Jus ini sesuai diamalkan oleh ibu yang baru melahirkan,membantu mengecutkan rahim di samping menggalakkan penghasilan susu badan.








Jus Halia - Pembuangan Angin 




Bahan:
  • 2 ketul halia (dihiris)
  • 2 uncang teh asli
  • Gula perang secukup rasa
  • Air putih
Cara:
  1. Rendah uncang teh dalam jag yang berisi air panas sehingga kembang.
  2. Masukkan halia serta gula perang. Kacau sebati supaya semua ramuan mesra.
  3. Amalkan minuman ini dua gelas (gelas kecil) sehari.
Khasiat: Jus halia berupaya membuang angin dalam badan, bantu mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih tenang.









Jus Kurma - Memberi Tenaga 






Bahan:
  • 5 biji kurma pilihan
  • Segelas susu segar
  • 1 sudu besar madu
Cara:
  1. Kisar semua bahan ini sehingga hancur. *Campurkan sedikit kekacang jika mahu tekstur rangup yang boleh dikunyah
  2. Minum sehari sekali dan ia akan lebih berkesan jika anda amalkan ketika perut kosong. *sebelum sarapan.
Khasiat: Menjadikan tubuh lebih cergas, melembapkan kulit serta dapat menaikkan seri di wajah, di samping memperbanyakkan susu badan si ibu yang baru melahirkan.










Jus Delima - Kurangkan Kolestrol






Bahan:
  • 1/2 sudu teh jus delima
  • 1 sudu besar madu
  • 1 gelas air suam
Cara:
  1. Kacau semua bahan di dalam gelas sehingga sebati. Amalkan sehari sekali.
Khasiat: Delima diakui sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan, malah berfungsi membekalkan vitamin yang bantu memperbaiki kulit supaya lebih berseri dan cerah.


Jus Herba Campuran - Pulihkan Bahagian Intim

Bahan:
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 7 biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 inci ibu kunyit (ditumbuk)
  • 1 sudu besar madu
  • 1 biji telur ayam kampung
Cara:
  1. Pecahkan telur dalam cawan
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
  3. Selepas itu, masukkan pula madu dan kacau sehingga sebati
  4. Amalkan minuman ini segelas sehari selama tiga (3) hari berturut-turut terutamanya ibu yang baru melahirkan.
Khasiat: Memanaskan badan, menyumbang tenaga  dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.

Monday, 15 May 2017

MERAWAT PORI-PORI TERBUKA








Ramai antara kita yang alami masalah liang-liang pori besar kan ?? Dan yang pasti masalah tersebut akan ambil masa yg lama untuk hilang . Paling sedihnya masalah liang pori besar akan menjadikan kulit kita kusam dan nampak kasar. Tak dapat nak lindung dengan make up yg berlapis-lapis ,bagi yg berkerjaya masalah ini sedikit sebanyak akan hilangkan keyakinan diri untuk berdepan orang ramai.

Okay entry kali ini CikKiah nak share apa punca yang menyebabkan pori wajah kita besar dan cara untuk merawatnya ..jom kita tengok apa puncanya 

FAKTOR MASALAH LIANG PORI BESAR & TERBUKA
Kulit wajah berminyak
Terlalu banyak pengambilan makanan berminyak dan berlemak
Boleh juga disebabkan oleh genetik
Perubahan hormon terutamanya sewaktu hamil
Proses penuaan
Terdedah kepada sinaran cahaya matahari yg berlebihan
CARA PENCEGAHANNYA





Mencuci wajah 2kali sehari (pagi&malam) - mencuci wajah dengan betul sekurangnya 2kali sehari pagi dan malam sangat penting kerana seharian kita terdedah dengan habuk dan kotoran,jadi memcuci wajah dengan betul dapat mengelakkan liang pori tersumbat. Pastikan guna pencuci wajah yg sesuai dengan kulit ya.







Scrub wajah - dengan scrub wajah sekurangnya 2 3 kali seminggu dapat membuang sel-sel kulit mati yg tak dapat dibuang dengan hanya mencuci wajah sahaja. Selain itu kesan kotoron yg tersumbat pada liang-liang pori . Pastikan guna scrub wajah yg sesuai dgn kulit agar tidak memudaratkan kulit . banyak di pasaran scrub yg telah siap ataupun nak lagi selamat buat je dirumah ;)





Tuam ais batu pada wajah - ya nampak mudah kan ?? dan tips sangat menjimatkan tapi hasilnya membuatkan kita teruja tau. Ais batu  bertindak secara efektif sebagai bahan yang mudah untuk didapati di rumah. Tuam ais batu di wajah seeloknya sebelum kita pakai make up dan make up anda juga akan tahan lama. Lakukan setiap hari selama 1minit dan wajah akan segar secara tak langsung liang-liang pori akan makin mengecil. Bahkan ia juga akan melancarkan perjalanan darah anda ;)





Penggunaan Serum 24K Gold Advanced - nak lagi mudah dan berkesan guna je serum 24k gold advanced by ryoung beauty ni .CikKiah mmg consume serum ni sebabnnya ia sesuai dgn wajah ,kulit kasar makin halus dan tegang je tau . Paling best liang pori makin mengecil . Guna malam sebelum tidur dan esoknya kulit akan rasa tegang dan anjal.

KEBAIKKAN 24K GOLD SERUM ADVANCED 
Mengecilkan liang-liang pori di muka
Menghilangkan kedutan dan garisan halus
Menegangkan dan melembapkan kulit wajah serta memberi kesan halus dan lembut
Membuatkan wajah nampak berseri
Mencerahkan kulit wajah
Mengecutkan jerawat dan menghilangkan jeragat

Untuk pertanyaan yg lebih lanjut 

Whtsapp | Call | Sms : Mami Combi 0195575803

MISS-V









>Punca Faraj Berbau Busuk<<

*Ramai yang tidak sedar lendir macam hingus ni duduk dalam faraj. Sebabnya TIADA tanda-tanda bermasalah melainkan sudah kronik.

*Lendir dalam faraj perlu dibersihkan untuk memastikan dalaman faraj bersih. Step yang mudah tapi ramai yang MALAS.

*Kalau MALAS cuci, MALAS jaga kebersihan, benda2 tak elok pun datang tak selesa, kurang keyakinan diri, kesihatan terganggu, hubungan terjejas. Masalah rumahtanggapun terjerat sama. Muka cantik tak membawa ke syurga.

Bayangkan jika gigi tak pernah dicuci atau diberus, bau mulut macam mana?

Bahagian bawah tu pon macam tu. Kalau berlendir tak dicuci, slps nifas, slps haid, mana bole tahan baunya berbulan-bulan, bertahun2 terperap.

Kalau tk gosok gigi bole jadi bengkak gusi. Kalau tak korek hidung, apa jadi?? Kalau tak servis Miss V tu jadi apa agaknya nanti dalam dinding faraj. 

White gluconey drink boleh membantu anda untuk flush semua keluar. Dapatkan white gluconey drink skarang

KURUS DENGAN PEPPERMINT LOTION







Gosok-gosok... Sapu-Sapu.... Dah hilang inci.

Seriously.. Rasa mcm tak percaya Gosok2 hilang 1/2 inci !! Kesannya Hebat di rasai. Dengan hanya sekali sapuan sahaja. 

Alamakkkk biar betul.... Perut buncit dah semakin nipis. Spare tayar kiri kanan dah semakin kecut. 

Pertama di Malaysia. Khas menghilangkan lemak-lemak degil  dan ia juga dpt memutihkan kulit badan. 

Mami Combi tak ckp saja okey..















                                          Akak suka betol la dgn peppermint lotion ni!!
                                                                             SEBAB.......
                                                        Akak takut nak makan ubt 
                                 Tapi... dgn adanya PEPPERMINT LOTION ni senang laa... 
                                     Tak perlu nak bersenam luar rumah,sambil berkemas pun bole kurus.
                                              Paling best baju dan seluar semakin longgar.       
                                             


Peppermint scrub dan lotion diekstrak dari tumbuhan seperti daun pudina,halia bara dan  apricot seeds. Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. 100% selamat digunakan dan KKM.
               



                                 KELEBIHAN UTAMA PEPPERMINT SCRUB & LOTION 

                                                  Memecahkan lemak di bahagian yg bermasalah

                                                  Menurunkan inci terutama pada bahagaian 
                                           
                                                  Melawaskan pembuangan 

                                                  Membakar lemak berlebihan 

                                                  Menghilankan stretchmark dan selulit 

                                                  Dapat melangsingkan badan 

                                                  Menghilangkan daki 

                                                  Menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit 

                                                  Memutihkan kulit 

                                                  Meruncingkan wajah 



         CARA MENGGUNAKAN 

Peppermint Scrub→ guna time mandi, burn lemak kaw2 time mandi sbb memang terbukti membakar lemak & sekaligus mencantikkan kulit!

Peppermint Lotion → gosok2 jer anytime, anywhere! Burn lemak sepantas 30 minit ( testimoni dah ade...bukan propa yer )


Nak kurus dgn cara sihat... Whatsap Mami Combi ke 0195575803

#ryoungbeauty